Home/Rumah

DIMAN dan Veddar

Penghargaan

Cara Nak Contact

Muzium Gambar/Animasi

Link Panas

Nukilan Abadi

Syarat dan Peraturan

SYARAT DAN PERATURAN

Bahawa dengan melayari laman web Diman ini, DIMAN menganggap anda bersetuju dengan syarat2 dan peraturan2 yang tertakluk.

1. Pemilik kekal dan pewaris laman ini adalah DIMAN, kecuali jika DIMAN memindahkan pemilikannya kepada orang lain.

2. Bahawa semua isi kandungan laman ini adalah hakcipta DIMAN yang tidak terpelihara, jika dipelihara maka terpeliharalah ia.

3. Bahawa DIMAN adalah best dan terus mengebestkan

4. DIMAN, atau pemilik lain yang diberi amanah ke atas laman ini berhak meminda dan menukar, atau mengubah atau menutup akaun ini pada bila2 masa tanpa notis dan dalam apa jua cara.

5. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. Apa jua cubaan merasuah dan membodek atau yang sehukum dengannya adalah dilarang dan jika didapati berlaku, tanpa perikemanusiaan DIMAN akan menolaknya tanpa was-was.

6. Keputusan DIMAN adalah muktamad. DIMAN berhak mengubahnya bila2 masa tanpa notis.

7. Segala syarat dan peraturan ini telah dibaca dan difahami.

8. Segala risiko dan akibat yang disebabkan oleh melayari laman ini adalah tanggungan sendiri dan DIMAN tidak akan bertanggungjawab walau sedikit pun
kecuali atas ihsan dan pekerti DIMAN. Walau bagaimana pun anda boleh memberitahu DIMAN hal tersebut.


* Syarat dan peraturan ini mungkin akan berubah dari semasa ke semasa.

Sila hubungi DIMAN di email jika anda ada sebarang cadangan / komen / pujian hatta kutukan sekalipun.
Begitu juga untuk tujuan berkenalan dengan DIMAN. Sila email diman-online@melayu.net