
|
|
NUKILAN ABADI
LAMAN INI DIMAN KHUSUSKAN UNTUK MENGENANG INSAN INSAN YANG TIDAK AKAN PERNAH LEKANG DARI INGATAN....
DIMAN terpaksa samarkan nama mereka atas alasan privacy dan berharap semoga pengabadian ini menjadi bukti bahawa perasaan yang ikhlas dan abadi tidak akan luput walau ditelan masa....
|
| |
C-Null@INS Buat C-Null @ INS, saya tak pernah menyangka bahawa kemesraan antara kita akan berakhir tanpa sebab apa-apa... Apa yang telah kita lalui cukup menghiburkan. Walau dah lama kita tidak berjumpa dan terpisah begitu saja.. saya tetap mengingati dirimu. Anggaplah apa yang berlaku itu sudah ditetapkan walau antara kita masih ada sesuatu yang hendak dibicarakan. Kiranya kita bertemu lagi selepas ini, anggaplah kita tidak pernah mengenali satu sama lain dan jika ada bersisa keinginan untuk kembali, biarlah kita berkenalan dan berkawan sekali lagi. Pertemuan kita tak pernah dijangka, namun perpisahan menjarakkan kita, memusnahkan kemesraan yang baru bermula, meminggirkan sebuah perasaan... kita tetap berkawan selama-lamanya.Memang sukar menerima perubahan mendadak dalam sikapmu. Jika dulu dirimu cukup mesra hinggakan kita dicemburui oleh persekitaran namun segalanya bertahan cuma sementara. Perubahan ketaramu terlalu sukar untuk diterima dan disabari. Biarlah apa jua sebab dan alasannya yang penting kita sudah melalui satu detik gembira bersama dan apa yg terjadi skrg anggaplah sekadar satu kenangan dalam hidup awak dan saya. Terima kasih kerana pernah menjadi teman dan kawan.. Semoga ALLAH melindungi dirimu. |
|
|
| |
TEJA ... tak banyak ingin kukatakan di sini. Apa yang telah berlaku biarlah dan aku tak ingin mengenang sejarah lalu walaupun ia sering membenakkan fikiranku. Maaf kerana terlalu lama memendam rasa terhadapmu. Maaf kerana pernah menyusahkan kau.... aku akui aku bukanlah seorang kawan yg terbaik... Walaupun aku telah melakukan semua yang terbaik. Apa yang telah aku buat, walaupun tak dijangka dan memeranjatkan adalah kerana persahabatan. Walaupun salah seorang antara kita terpaksa berkorban dan mengorbankan, persahabatn kita tak pernah luntur sampai hari ini. Inilah kebanggaan kita... |
|
|
| |
Pengabadian ini hanyalah sekadar mengabadikan kenangan...sesiapa yang membacanya sekadar satu karangan, kerana sejarah sebenar hanya disimpan oleh mereka dan DIMAN sendiri... Semoga korang gembira dan kalau sedang bercinta semoga berjaya dan tercapai impian semua. Bagi yang sedang mencari cinta, semoga pencarian akan diketemukan. Bagi yang belum lagi.. sololah jika ia baik untuk korang... Ha ha ha.. merapu lak DIMAN nih...
Nukilan ini hanya simbol yang tiada kena mengena dengan korang yang tidak berkenaan. Jika terkena maka ia hanya satu kebetulan yang tak disengajakan.
|
|
|
|